Bukti Original Produk Daripada US, UK & Korea

Assalammualaikum & hello dear customers,

Entri kali ini saya nak cerita pasal ketulenan produk yang dijual di Princess Beauty Hours Blogshop. Saya mendapat pertanyaan daripada seseorang yang memberitahu produk yang saya jual macam berus mekap Real Techniques harga terlalu rendah berbanding harga pasaran, so ada yang tanya original ke tidak? Saya tidak kisah orang nak tanya apa-apa pun sebab that's what I do, answering my customers questions. Tapi cara dia bertanya ni lain nada sket so saya rasa agak terkilan bila ada yang bertanya macam tu sebab saya memang jual beauty products from US. UK & S. Korea yang original sahaja. 

Lagipun saya tak pernah jumpa these products yang imitation sebab harga produk yang original pun dah berpatutuan dengan kualiti yang dijanjikan, buat apa nak remake yang tiruan lagi? Lainlah high end brands yang mahal-mahal macam MAC, Bobbi Brown, Benefits, etc sebab tu ada yang barang tiruan. Maaflah saya just nak pointkan kalau barang berjenama (high end brands) original, harga dah tentu mahal and kalau dijual murah contoh macam satu lipstick RM5 ke mesti tidak original. Tapi barang jenama tahap drugstore macam yang saya jual ni memang dijual pada harga berpatutan dan tiada yang tiruan di Princess Beauty Hours Blogshop. Saya jual harga berpatutan sebab saya tidak perlu sewa kedai macam retailers dan saya tak nak ambil kesempatan pada customers dengan menaikkan harga yang melampau.

Untuk pengetahuan anda, barang daripada brands MUA, Sleek MakeUp, Real Techniques & EcoTools memang Made in China walaupun company yang develop produk-produk ni berasal daripada US dan UK so that's why companies from these brands boleh jual harga yang affordable tapi kualiti produk memang bagus dan saya juga ingin berikan perkhidmatan yang terbaik dengan menawarkan harga yang mampu dibeli oleh customers yang disayangi! 

Diharap dengan entri ini, akan menjadi bukti ketulenan produk yang saya jual memang stok direct daripada US, UK & Korea Selatan. Saya harap lepas ini tidak ada yang meragui ketulenan produk di Princess Beauty Hours. Jutaan terima kasih kepada customers yang mempercayai dan terus menyokong Princess Beauty Hours.

 Real Techniques brushes, ELF, NYX, Queen Helene dari US parcel delivery from US Postal Service (USPS) 
MUA dan Sleek MakeUp dari UK parcel delivery from Royal Mail. 
Tony Moly, Lioele, Missha dan lain-lain brand Korea adalah dari Korea Selatan parcel delivery from Korean Airmail

Contoh parcel yang diterima dari US (USPS)


Contoh parcel yang diterima dari S. Korea (Korean Airmail)






Contoh parcel yang diterima dari UK (Royal Mail)

 
Dan saya harap sesiapa yang ingin mendapatkan barang, please be a serious buyer. Please minta nombor akaun saya bila betul-betul komited nak beli barang. Ada segelintir yang lepas minta nombor akaun saya terus mendiamkan diri. 

And ada yang lepas 1 minggu diamkan diri tiba-tiba cakap nak jugak barang tu, saya pun bagi peluang tolong simpankan untuk dia tapi last2 tak bank in pun. Pening jugak pikir, customer ni nak ke tak barang? Huhu. So booking dibenarkan dalma masa 2 hari bagi memberi peluang kepada customer lain juga mendapatkan barang sebab stok memang limited.

So diharapkan anda memberi kerjasama kepada saya dengan memberitahu sebab tidak dapat bank in supaya saya boleh memahami situasi anda.

Jom shopping di Princess Beauty Hours, sebab harga berpatutan, original beauty products, fast delivery (1-2 business day delivery) and friendly service. Service with a smile! ^___^

Thank you shopping with us!
 

3 comments:

  1. dugaan jadi bussiness woman. keep calm ya!

    ReplyDelete
  2. Memang pun harga brush real techniques dkt malaysia mahal. Yang core collection pun dkt malaysia rm130++. Tapi bersyukurlah princess beauty hours dapat jual dgn rm 80 je. Kalau ikotkan harga dari website die lagi murah. Tapi blom termasuk shipping cost dari luar negara lagi. So i think harga2 yang dijual di blog ni memang berpatutan. i'm telling u guys that she just wants to share her passion in beauty products with everyone and she's a really trusted seller. I totally reccomend shopping here. :-)

    ReplyDelete
  3. @Aida Jelita
    Thanks sis for your advice. Ye lah kan dugaan, so kena byk sabar hehe

    @Liyana Ismail
    Thanks dear for your continuous support, I love to deal with nice customer like you sis. Try my best to give a good service :)

    ReplyDelete